Want your
own Fotopage?








 
Perpustakaan Desa PNM Bandar Baru Teluk Kumbar
perpustakaan desa pnm
By: Perpustakaan Desa Bandar Baru Teluk Kumbar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Friday, 20-Nov-2009 02:51 Email | Share | | Bookmark
Peluang Menerima Buku Percuma Dari PTS.

 
 
 
Salam hormat,

Perhatian kepada blogger dan pemilik laman web yang aktif.
Pihak PTS kini sedang mengadakan satu peraduan
"Saya Mahu Hadiah PTS: Baca Dan Menang"
sempena Kempen Membaca Musim Cuti Sekolah.

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang adalah
set perpustakaan bernilai sehingga RM10,000

Namun bagi para blogger atau pemilik laman web,
pihak PTS telah membuka satu tawaran bagi memberi
buku percuma. Anda hanya perlu memasukkan banner

"Saya Mahu Hadiah PTS: Baca Dan Menang"

di laman web anda. Setelah pihak PTS membuat semakan
anda akan dihubungi bagi penyerahan buku percuma sebagai
hadiah dari pihak PTS.

Untuk cara pendaftaran dan maklumat lanjut,
anda boleh layari:

http://pts.com.my/index.php/peraduan/affiliate/

Perpustakaan Desa PNM Bandar Baru Teluk Kumbar
juga telah menyertai dalam mempromosikan banner
dari PTS ini. Dibawah adalah respon dari pihak PTS.




Lebih 200 blogger bakal menerima buku percuma, sertainya sekarang:
http://pts.com.my/index.php/peraduan/artikel/216-blogger-bakal-menerima-hadiah-buku-percuma-daripada-pts/


Semoga berjaya...!

P.s - Mempromosikan kempen membaca PTS di samping
mempromosikan laman web anda kepada Komuniti Online.


Friday, 20-Nov-2009 02:08 Email | Share | | Bookmark
Aktiviti Simpulan Bahasa

 
 
 
View all 9 photos...
Perpustakaan Desa PNM
Bandar Baru Teluk Kumbar

Nama Aktiviti:
Aktiviti Simpulan Bahasa

Kategori:
Kanak-Kanak

Tarikh:
07 November 2009

Masa:
11.00pg - 12.00 tgh

Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah Simpulan Bahasa.
Aktiviti ini memerlukan para peserta menyatakan beberapa
silangkata yang telah diberi maksudnya. Aktiviti ini dapat
memberikan pendedahan kepada peserta dalam menyelesaikan
masalah dan menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan simpulan
bahasa.

Para peserta menggunakan kamus Simpulan Bahasa yang terdapat di
Perpustakaan Desa sebagai bahan rujukan bagi mendapatkan jawapan
yang tepat. Diharap aktiviti ini memberikan pendedahan positif kepada
para peserta. Peserta yang paling cepat menyelesaikan semua jawapan
Simpulan Bahasa ini dengan tepat diberikan saguhati.

Dibawah dilampirkan beberapa gambar semasa aktiviti
ini berlangsung.

Aktiviti Simpulan Bahasa






Antara jawapan bagi aktiviti ini ialah:
Alas Perut
Ambil Berat
Batu Api
Cakap Besar
Gaji Buta
Iri Hati
Makan Suap
Muka Tembok
Naik Angin
Sampai Hati

Gambar aktiviti dilampirkan seperti diatas.


Berdaftarlah di Perpustakaan Desa sekarang untuk mendapatkan pelbagai keistimewaan sebagai ahli perpustakaan desa termasuk menyertai aktiviti yang akan dijalankan setiap minggu. Pendaftaran adalah Percuma


Mahu Terima Update Terkini Laman Web Ini Secara Automatik?
Masukkan Email Anda DISINI Sekarang!
Sebarang Kemaskini Akan Dihantar Terus Ke Email Anda.


Friday, 20-Nov-2009 01:47 Email | Share | | Bookmark
Coloring: Basket Flower

 
 
 
View all 8 photos...
Perpustakaan Desa PNM
Bandar Baru Teluk Kumbar

Nama Aktiviti:
Coloring: Basket Flower

Kategori:
Kanak-Kanak & Dewasa

Tarikh:
06 November 2009

Masa:
11.00pg - 1.00 ptg

Aktiviti mewarna ini dijalankan di sebelah pagi.
Para peserta diberikan lampiran gambar lukisan gambar bunga di dalam
sebuah bakul. Hasilnya dilampirkan dibawah. Para peserta yang menghasilkan
warna yang paling menarik dan kemas mendapat saguhati dari pihak perpustakaan.

Aktiviti ini juga telah disertai lebih daripada 25 orang peserta yang
terdiri dari ahli kanak-kanak dan dewasa.

Coloring: Basket Flower




Gambar aktiviti dilampirkan seperti diatas.


Berdaftarlah di Perpustakaan Desa sekarang untuk mendapatkan pelbagai keistimewaan sebagai ahli perpustakaan desa termasuk menyertai aktiviti yang akan dijalankan setiap minggu. Pendaftaran adalah Percuma


Mahu Terima Update Terkini Laman Web Ini Secara Automatik?
Masukkan Email Anda DISINI Sekarang!
Sebarang Kemaskini Akan Dihantar Terus Ke Email Anda.


Tuesday, 3-Nov-2009 03:52 Email | Share | | Bookmark
Aktiviti Teka Silang Kata.

 
 
 
View all 7 photos...
Perpustakaan Desa PNM
Bandar Baru Teluk Kumbar

Nama Aktiviti:
Aktiviti Silangkata

Kategori:
Kanak-Kanak & Dewasa

Tarikh:
31 Oktober 2009

Masa:
3.00pg - 5.00 ptg

Aktiviti Teka Silang Kata ini dijalankan pada waktu Petang (Sabtu).
Aktiviti ini memerlukan para peserta menyelesaikan 20 soalan teka silangkata.
Ianya dapat memberikan pendedahan kepada peserta dalam menyelesaikan
masalah dan menambahkan ilmu pengetahuan.

Para peserta menggunakan kamus dan sumber rujukan dari internet bagi
mencari jawapan bagi teka silangkata ini. Antara persoalannya ialah:

~ Khutubkhannah bermaksud...?
~ Gunung tertinggi di dunia...?
~ Menara Eiffel terletak di negara...?


Dan banyak lagi...

Anda boleh dapatkan aktiviti ini disini:
>>> http://shw.pdsbtk.fotopages.com/21170975.html

Aktiviti Dijalankan : Teka Silangkata




Gambar aktiviti dilampirkan seperti diatas.


Berdaftarlah di Perpustakaan Desa sekarang untuk mendapatkan pelbagai keistimewaan sebagai ahli perpustakaan desa termasuk menyertai aktiviti yang akan dijalankan setiap minggu. Pendaftaran adalah Percuma


Mahu Terima Update Terkini Laman Web Ini Secara Automatik?
Masukkan Email Anda DISINI Sekarang!
Sebarang Kemaskini Akan Dihantar Terus Ke Email Anda.


Wednesday, 28-Oct-2009 07:51 Email | Share | | Bookmark
Ladybird Coloring Pictures

 
 
 
View all 5 photos...
Perpustakaan Desa PNM
Bandar Baru Teluk Kumbar

Nama Aktiviti:
Ladybird Coloring Pictures

Kategori:
Kanak-Kanak & Dewasa

Tarikh:
24 Oktober 2009

Masa:
11.00pg - 1.00 ptg

Aktiviti pada kali ini dijalankan di sebelah pagi.
Hampir 30 ahli perpustakaan yang berdaftar bagi menyertai aktiviti ini.
Beberapa hasil aktiviti dijadikan sebagai hiasan di bahagian kanak-kanak
dalam perpustakaan desa. Sumber aktiviti boleh didapati dari
laman web berikut: http://www.coloring-pictures.net/

Antara Hasil Aktiviti



Gambar aktiviti dilampirkan seperti diatas.


====================================================




PD PNM Bandar Baru Teluk Kumbar juga ada
melampirkan beberapa gambar aktiviti ke
laman web FirstPallete.com. Laman web ini boleh
dijadikan sebagai sumber bagi mendapatkan bahan
untuk mengadakan aktiviti di Perpustakaan Desa.



Laman web ini boleh dilayari di:
http://www.firstpalette.com/gallery/tpf-malaysialibrary.html





Berdaftarlah di Perpustakaan Desa sekarang untuk mendapatkan pelbagai keistimewaan sebagai ahli perpustakaan desa termasuk menyertai aktiviti yang akan dijalankan setiap minggu. Pendaftaran adalah Percuma


Mahu Terima Update Terkini Laman Web Ini Secara Automatik?
Masukkan Email Anda DISINI Sekarang!
Sebarang Kemaskini Akan Dihantar Terus Ke Email Anda.


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net