Want your
own Fotopage?








 
Perpustakaan Desa PNM Bandar Baru Teluk Kumbar
perpustakaan desa pnm
By: Perpustakaan Desa Bandar Baru Teluk Kumbar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 1-Apr-2009 14:45 Email | Share | Bookmark
Bangunan Bersejarah: Folio Sejarah Tingkatan 3 (2009)

 
 
 
 
 
 
TERKINI: KERJA KURSUS PMR 2010 BOLEH RUJUK DISINI:
http://pdsbtk.fotopages.com/?entry=2004099


Salam Sejahtera,

TUGASAN:
Anda ditugaskan untuk membuat kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara kita.
(a) Dokumentasikan fakta sejarah yang dikumpul daripada pelbagai jenis sumber.
(b) Tulis laporan kajian anda berdasarkan aspek yang diberikan.




Perkongsian Maklumat Perpustakaan Desa PNM Bandar Baru Teluk Kumbar:

Tajuk bagi folio sejarah tingkatan 3 pada tahun 2009 ini ialah BANGUNAN BERSEJARAH.
Berikut adalah beberapa laman web dan bahan rujukan yang boleh dijadikan panduan dan pencarian bahan berkaitan folio atau kerja kursus ini.

http://www.penanglib.gov.my/kpp/index.htm

http://buildingconservation.blogspot.com

http://buildingconservationindex.blogspot.com

http://www.fireheritage.com

http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm05&spesifik_id=42&ttl_id=15

http://www.heritage.gov.my/main/search

http://www.warisan.gov.my

http://menara-condong.blogspot.com/

http://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina%20Web%20v2/index01.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelancongan_di_Melaka#Bangunan_bersejarah

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_36.htm

Dan berikut adalah pencarian di Google menggunakan kata kunci:
"Bangunan Bersejarah Di Malaysia"


http://www.google.com.my/search?hl=en&q=%22Bangunan+Bersejarah+Di+Malaysia%22&btnG=Google+Search&meta=&aq=f&oq=

Diharap sumber rujukan diatas dapat dijadikan panduan dalam menghasilkan satu folio yang berkualiti.


Selain itu, dibawah adalah senarai buku dan bahan bacaan berkaitan bangunan bersejarah. Sila dapatkan bahan tersebut di perpustakaan berhampiran. (Pulau Pinang)
Sila gunakan CALL NUMBER yang dinyatakan untuk mendapatkan bahan berkenaan.



Teknik Mencari Gambar Di Internet:

Cth: Mencari Gambar A Famosa

1) Masuk ke http://www.google.com.my
2) Di ruangan atas akan kelihatan perkataaan Web Images News Groups Books Gmail more
3) Klik pada perkataan Images
4) Di ruangan Search Images taipkan perkataan "A Famosa" dan klik Search Images.
5) Gambar-gambar A Famosa akan dipaparkan. Pilih sahaja gambar yang anda mahukan.
6) Hanya Klik page 2, 3 dan seterusnya jika mahukan lebih banyak gambar.
7) Hanya tukarkan perkataan "A Famosa" kepada perkataan lain yang anda mahukan.
Cth: "Bangunan Sultan Abdul Samad" , "Fort Cornwallis" , "Masjid Kapitan Keling"



wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
CADANGAN PERPUSTAKAAN DESA PD PNM BANDAR BARU TELUK KUMBAR
DALAM MENYELESAIKAN TUGASAN FOLIO SEJARAH TINGKATAN 3 TAHUN 2009.


TAJUK KAJIAN:

Nama bangunan bersejarah yang dipilih oleh calon. Buat pilihan 1 bangunan yang popular dan mudah mencari bahan dan rujukan.

KANDUNGAN:
Senaraikan aspek kajian seperti halaman hadapan, senarai isi kandungan, penghargaan dan isi-isi folio, kesimpulan dan lampiran.

PENGHARGAAN:
Letakkan penghargaan kepada individu dan institusi yang telah membantu anda dalam pelaksaan kerja kursus.
Contoh: Ucapan terima kasih juga saya tujukan buat petugas Perpustakaan Desa PNM Bandar Baru Teluk Kumbar dalam memberikan dan berkongsi maklumat berkaitan bahan dan rujukan dalam menjalakan tugasan ini.

OBJEKTIF KAJIAN:
Letakkan sekurang-kurangnya 3 objektif dalam 3 perenggan.

KAEDAH KAJIAN:
Ini adalah bahan rujukan dan apakah cara kajian yang dilakukan.
Berikut adalah contoh kaedah kajian.

1) Buku Ilmiah (Buku rujukan)
2) Orang Sumber (Individu/ melalui temubual)
3) Lawatan (Anda boleh melawat terus ke tempat berkenaan jika berhampiran)
4) Dokumen (Gambar, VCD, DVD, CAMERA, RADIO, TELEVISYEN)
5) Jurnal
6) Ensiklopedia

Masukkan kaedah yang anda gunakan dalam 4 perenggan dan huraikan dengan lebih terperinci.
----------------------------------------
RUJUKAN

1) Dapatkan surat kebenaaran dari guru sejarah anda jika ingin mengadakan lawatan ke tempat / bangunan bersejarah berkenaan. (SURAT PENGESAHAN MURID SEKOLAH) dan (SURAT KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN SEJARAH.

2) Dapatkan kebenaran dari tempat pejabat bangunan bersejarah. Ini akan memudahkan anda untuk mengadakan lawatan nanti. Dan ia penting untuk menetapkan tarikh lawatan dan masa.

3) Dapatkan maklumat sekurang-kurangnya seorang sumber (cth: guru)
Dapatkan no kad pengenalan, nama penuh, no telefon, email untuk dimasukkan ke dalam ruangan Orang Sumber dalam folio anda.



Akhir Kata,

PD PNM Bandar Baru Teluk Kumbar mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada para pelajar dalam menghasilkan tugasan folio sejarah bertajuk " Bangunan Bersejarah"
pada tahun ini
.

Diharap sumber rujukan diatas dapat dijadikan panduan dalam menghasilkan satu folio yang berkualiti.

TAMAT.

Berikut adalah link info kerja kursus geografi 20009

http://pdsbtk.fotopages.com/?entry=1846451


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net