Want your
own Fotopage?








 
Perpustakaan Desa PNM Bandar Baru Teluk Kumbar
perpustakaan desa pnm
By: Perpustakaan Desa Bandar Baru Teluk Kumbar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]
Friday, 15-May-2009 07:46 Email | Share | | Bookmark
Pertandingan Kolaj Bijirin & Mewarna:Teluk Kumbar

 
 
 
View all 27 photos...
Salam Sejahtera,

Pada 15 May 2009 yang lalu, satu aktiviti dan pertandingan galakan membaca telah diadakan di Perpustakaan Desa PNM Bandar Baru Teluk Kumbar.
Pertandingan yang dijalankan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:

1) Pertandingan Mewarna (Tahap 1) = 20 Peserta
2) Pertandingan Kolaj Bijirin (Tahap 2) = 20 Peserta

Tempat: PD PNM Bandar Baru Teluk Kumbar
Tarikh : 15 May 2009 (Jumaat)
Masa : 3.00 -6.00 petang

Pertandingan ini dijalankan dengan kerjasama KEMAS Parlimen Balik Pulau yang menyediakan hadiah dan makanan untuk pemenang dan para peserta. Pada hari berkenaan, pertandingan bermula jam 3 petang dan berakhir jam 6.30 petang.
Pertandingan ini juga turut dibantu oleh pembantu PD PNM Permatang Damar Laut dan pembantu PD PNM Kg Jawa. Malah ianya turut dimeriahkan dengan kehadiran 4 orang kakitangan KEMAS. Selain itu ketua kawasan Bandar Baru Teluk Kumbar dan AJK kawasan turut dijemput bagi menjadi juri dan penilai bagi menentukan pemenang pertandingan.

Kakitangan KEMAS


Sesi penilaian oleh para juri bagi menentukan pemenang


Antara yang dipilih sebagai pemenang


Berikut adalah nama pemenang pertandingan
Pertandingan Mewarna Tahap 1
1) Noraishah Sakinah Bt Shamimi
2) Ana Nurliyana Bt Izman
3) Mohd Annas Solihin B Shamimi

Pertandingan Kolaj Bijirin Tahap 2
1) Nur Atilla Bt Hisamsol
2) Nor Farah Nasuha Bt Norhasdi
3) Mohd Helmi B Anuar

Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
Gambar dan info pertandingan dilampirkan.


Johan Pertandingan Mewarna Tahap 1(Noraishah Sakinah Bt Shamimi)

Johan Pertandingan Kolaj Bijirin Tahap 2 (Nur Atilla Bt Hisamsol)


Antara Hadiah yang disediakan oleh KEMAS





Pertandingan Mewarna




Pertandingan Kolaj Bijirin




~Pertandingan & aktiviti seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan hanya dibuka kepada ahli perpustakaan desa yang berdaftar sahaja. Berdaftarlah sekarang! Pendaftaran adalah Percuma!


Saturday, 2-May-2009 03:52 Email | Share | | Bookmark
Bunny & Chick Puppets

 
 
 
View all 6 photos...
Perpustakaan Desa Siber Ilmu
Bandar Baru Teluk Kumbar

Nama Aktiviti:
Bunny & Chick Puppets

Kategori:
Kanak-Kanak & Dewasa

Tarikh:
02 May 2009

Masa:
11.00 pg - 1.00 ptg

Antara Hasil Aktiviti


Dalam proses menyiapkan Bunny & Chick Puppets



Antara Yang Menyertai


Aktiviti yang dijalankan pada pagi Sabtu ini ialah Bunny & Chick Puppets.
Para peserta akan diberikan gambar dan keratan lukisan berbentuk Bunny & Chick.
Para peserta diminat mewarnakan gambar tersebut.

Aktiviti seperti ini juga dapat melihat daya kreativiti.
Bunny & Chick yang siap diwarna dan dipotong dilekatkan di straw minuman.

Gambar aktiviti dilampirkan seperti diatas.


Berdaftarlah di Perpustakaan Desa sekarang untuk mendapatkan pelbagai keistimewaan sebagai ahli perpustakaan desa. Pendaftaran adalah Percuma


Mahu Terima Update Terkini Laman Web Ini Secara Automatik?
Masukkan Email Anda DISINI Sekarang!
Sebarang Kemaskini Akan Dihantar Terus Ke Email Anda.


Monday, 27-Apr-2009 07:57 Email | Share | | Bookmark
PAMERAN DAN PROMOSI PD PNM BANDAR BARU TELUK KUMBAR 2009

 
 
 
View all 30 photos...
PROGRAM MAWADAH (Masyarakat Wanita Antidadah)
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG (aadk)

(Pameran & Promosi PD PNM Bandar Baru Teluk Kumbar)

Salam Sejahtera,

Pada 25 & 26 April 2009 yang lalu, satu program peringkat negeri P.Pinang telah diadakan bertempat di padang Sekolah Men Keb Teluk Kumbar 2, Pulau Pinang.

Program yang dinamakan MAWADAH (Masyarakat Wanita Antidadah) ini telah dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Pulau Pinang (AADK) dengan kerjasama komuniti bestari Bukit Gemuruh, Teluk Kumbar.




Info Umum Mawadah
Ke Arah Malaysia Bebas Dadah Tahun 2015
(Memobilisasikan Peranan Wanita Dalam Masyarakat)

http://www.adk.gov.my/pdf/mawaddah.pdf


Info Mawadah: Akhbar Utusan Malaysia


Pada hari berkenaan, Perpustakaan Desa PNM Bandar Baru Teluk Kumbar juga telah membuka kaunter pendaftaran dan pameran bahan bacaan di perpustakaan desa. Di hari tersebut juga turut diadakan promosi untuk Program Sinar Pintar dan Program Setiap Bayi Satu Buku. Diharap dengan promosi seperti ini perpustakaan desa akan lebih dekat masyarakat setempat. Walaupun cuaca dalam keadaan hujan pada hari tersebut, sambutan di pameran perpustakaan desa dan pendaftaran keahlian amat menggalakkan.





Selain daripada pameran dari badan dan sektor kerajaan, pelbagai aktiviti turut diadakan pada hari tersebut. Antara pameran yang terlibat ialah Perpustakaan Desa PNM, Jabatan Bomba, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Farmasi, PUSPEN Kg Selamat, PUSPEN Bukit Mertajam, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Kesihatan, Ar-Rahnu, Industri Kecil Sederhana dan pameran dari pihak AADK sendiri.

Acara lain yang diadakan ialah sukaneka, senamrobik, futsal, bola jaring berkain batik, tarik tali, persembahan artis tempatan, persembahan boria dan tarian kebudayaan. Selain itu turut diadakan pertandingan masakan mee udang, pertandingan sirih junjung, aktiviti menyelesaikan permainan "Puzzle", demostrasi solekan dan pelbagai lagi acara yang menarik.

Kehadiran para pengunjung amat menggalakkan terutamanya pada 26 April 2009 walaupun cuaca dalam keadaan hujan. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh wakil Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang. Pengarah AADK Pulau Pinang dan ADUN Bayan Lepas,YB Syed Amerruddin turut serta hadir memeriahkan majlis tersebut.









Sebelum berlangsung program ini, satu majlis gotong royong dan majlis bacaan yasin telah diadakan pada 16 April 2009 selepas solat Maghrib bertempat di surau SMK Telok Kumbar 2 yang disertai oleh ibubapa, penduduk serta kakitangan AADK Daerah Barat Daya. Pada 18 April 2009 pula, ahli-ahli Pertubuhan Wanita Kg.Sulup bersama pegawai dan staf AADK telah mengedarkan brosur dan flyers sebagai salah satu aktiviti kempen dari rumah ke rumah melibatkan beberapa buah kampung sekitar.

Program Mawadah ini diadakan untuk memberi peluang kepada wanita khususnya kaum ibu bagi memainkan peranan aktif mencegah penyalahgunaan dadah dalam komuniti masing-masing.

Laman Web Info:
Agensi Antidadah Kebangsaan - http://www.adk.gov.my

Semoga program sebegini diadakan lagi pada masa hadapan!


Sunday, 26-Apr-2009 09:09 Email | Share | | Bookmark
Hari Keluarga Wanita Kg.Sulup, Teluk Kumbar

 
 
 
View all 5 photos...
Salam Sejahtera,

Pada 19 April 2009 yang lalu, satu aktiviti yang diadakan sempena
Hari Keluarga Wanita Kg Sulup telah diadakan di Pantai Tanjung Asam,
Jalan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar. Program pada kali ini telah dihadiri oleh ahli dan anggota keluarga ahli Pertubuhan Wanita Kg. Sulup.

Program yang julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang amat baik.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut.
Antaranya ialah tarik tali, lari dalam guni, golek tayar, tangkap belon, pecah belon, tarik kayak, pertandingan mewarna, cari siput dan sebagainya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bayan Lepas,
YB Tuan Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad sempat bersama menikmati makan tengah hari bersama pemimpin-pemimpin tempatan. Setiap ahli pertubuhan yang hadir berpeluang memenangi hadiah bertuah dan cenderamata yang disediakan oleh pertubuhan.

Kehadiran Adun Bayan Lepas

Menjamu Selera

Antara Aktiviti Yang Diadakan




Sambutan Hari Keluarga ini telah bermula jam 8.00 pagi dengan aktiviti pertandingan mewarna dan berakhir pada jam 3.30 petang dengan Majlis Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah. Ahli-ahli pertubuhan telah melahirkan rasa gembira dan masing-masing telah meluahkan harapan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Pertubuhan Wanita Qaryah Kg. Sulup mengambil kesempatan ini ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Tuan Syed Amerruddin yang telah sudi memberi peruntukan bagi menjayakan program tersebut.


Sumber: Dari JKKK(P) Bukit Gemuruh, Teluk Kumbar

~Jumpa lagi pada tahun hadapan di hari Keluarga Wanita Kg Sulup


Saturday, 25-Apr-2009 05:30 Email | Share | | Bookmark
Kerja Kursus Geografi PMR 2009 (Tingkatan 3)

 
 
 
View all 6 photos...
TERKINI: KERJA KURSUS PMR 2010 BOLEH RUJUK DISINI:
http://pdsbtk.fotopages.com/?entry=2004099





SOALAN: http://www.4shared.com/file/83861182/4f4d12e6/2009Geografi-232.html

Salam Sejahtera,
[b]
Pada tahun ini 2009, para pelajar PMR diberi 2 tajuk kerja kursus geografi.
Para pelajar dikehendaki memilih salah satu tajuk yang dirasakan sesuai.


SOALAN KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009 BOLEH DAPATKAN DISINI:
Download Disini

Berikut adalah laman web utama yang boleh dijadikan rujukan. Disediakan oleh salah seorang guru geografi, Cik Lee Chai Yong dari SMK Jalan Arang, Kuching, Sarawak.
Moga dapat dimanfaat sebaiknya.
>>> GeogArang <<<


Selain itu berikut juga beberapa sumber maklumat/peta yang mungkin berguna.

Peta Teluk Kumbar
Maklumat Teluk Kumbar (Bandar Baru Teluk Kumbar)

Berikut adalah laman web untuk pencarian peta negara perbandingan yang dipilih:

eCarta
WikiMapia
Maps.Com

TEKNIK MENGGUNAKAN GOOGLE MAPS UNTUK MENCARI PETA KAWASAN KAJIAN


Kaedah kajian Tugasan 1(Sumber: GeogArang)
Kaedah kajian adalah cara yang pelajar guna untuk mengumpul maklumat mengenai objektif kajian. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengumpul maklumat seperti
1. Kaedah Pemerhatian
2. Kaedah Soal Selidik
3. Kaedah Temubual
4. Kaedah Rujukan

Maklumat yang dikumpul mestilah berguna untuk menulis laporan kajian. Kaedah mana yang kita nak guna bergantung kepada maklumat yang kita nak cari.

Kaedah pemerhatian
Bagi Tugasan 1, bentuk muka bumi pula, kita boleh guna cara pemerhatian. Saya pasti kita akan nampak agak janggal jika kita tanya responden tentang bentuk muka bumi, sedangkan kita sendiri boleh perhatikannya sendiri.

Kaedah Rujukan
Buku teks boleh digunakan jika kita hendak mencari maklumat tentang potensi bentuk muka bumi di negara Thailand, Kampuchea, Jepun atau Switzerland. Bagi peta negara ini pula, kita boleh ambil dari buku teks atau download dari internet. Untuk peta daerah pula, kita boleh ambil dari Jabatan Penerangan. Peta kawasan kajian boleh didapati dengan download dari google earth / google map. Ingat: hanya peta kawasan kajian yang kita download itu perlu dilukis semula.

Kaedah soal selidik
Biasanya saya akan membantu pelajar "mereka-bentuk" soalan soal selidik. Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat yang tidak dapat dicari dari buku atau internet. Pelajar boleh meminta responden mengisi borang soal selidik membolehkan data dikumpul, dirumuskan, kemudian memproses menjadi graf atau carta pai. Bilangan responden perlulah ramai (tahun ini: 20 orang). Jika bilangan responden kurang, ia tidak menggambarkan keadaan sebenar (not representative). Soalan yang boleh ditanya dalam borang soal selidik ialah seperti:
(a) nama responden
(b) jantina
(c) umur
(d) jenis pekerjaan
(e) pendapat mereka tentang ... (potensi bentuk muka bumi, halangan bentuk muka bumi dsb)
Klik SINI untuk **Contoh Borang Soal Selidik

Temu bual
Temu bual digunakan untuk mengumpul maklumat yang lebih terperinci tentang kawasan kajian. Contohnya, jika kita hendak tahu lebih terperinci tentang masalah yang dihadapi di sesuatu kawasan atau program yang dilaksanakan oleh kerajaan atau penduduk tempatan untuk mengatasi sesuatu masalah, mungkin cara temu bual lebih sesuai. Sebagai contoh, masalah banjir pernah berlaku di kawasan Kuching. Kita boleh temubual penduduk yang tinggal agak lama di kawasan kajian, tentang tahun bilakah banjir yang paling teruk pernah berlaku? Air banjir naik sampai paras mana? Bagaimana keadaaan sewaktu itu? Adakah diisytiharkan darurat dsb? (untuk pengetahuan anda: Jerebu pada tahun 1997, darurat diisytiharkan di Kuching).

Soal temubual perlu disertakan di lampiran, membolehkan penilai tahu apa soalan yang ditanya. Maklumat yang dikumpul biasanya berupa maklumat kualitatif, seperti tanya tentang pendapat, perasaan, cadangan dsb.

Saya berharap pelajar dapat menggunakan kaedah yang betul semasa menjalankan kajian kerja kursus ini. Selamat mencuba.


Cara menulis Rumusan Tugasan 1

Rumusan merupakan ringkasan daripada Dapatan Kajian, iaitu objektif kajian kita. Perbincangan perlulah dikaitkan dengan 6 objektif kajian yang digariskan.

Contoh:
Kawasan kajian saya, XXX, mempunyai (bentuk muka bumi apa) manakala negara yang dibandingkan, negara YYY, mempunyai (bentuk muka bumi apa). Bentuk muka bumi XXX menggalakkan pembangunan (kegiatan a) dan (kegiatan b) dan kawasan ... di negara YYY pula berpotensi dibangunkan untuk (kegiatan c) dan (kegiatan d). Walau bagaimanapun, bentuk muka bumi XXX juga mempunyai halangan dari segi (halangan 1) dan (halangan 2). Begitu juga dengan bentuk muka bumi YYY yang menghalang (halangan 3) dan (halangan 4). Kesan daripada kegiatan (a) di kawasan XXX ialah (Kesan P). Kesan P boleh diatasi dengan (langkah W). Kesan daripada kegiatan (b) pula diatasi dengan (Langkah X). Di negara YYY, kesan kegiatan (c) diatasi dengan (Langkah Y) dan kesan kegiatan (d) boleh diatasi dengan (Langkah Z). Secara kesimpulan, saya berasa bangga kerana ........


Kaedah Kajian Tugasan 2(Sumber: GeogArang)
Atas beberapa permintaan daripada pengunjung blog, maka saya akan bincang sedikit tentang Tugasan 2. Kaedah kajian untuk tugasan 2 hampir sama dengan tugasan 1. Maka, saya salin dan ubah suai sedikit maklumat dalam kaedah kajian tugasan 1 untuk diletak di sini.

Kaedah kajian adalah cara yang pelajar guna untuk mengumpul maklumat mengenai objektif kajian. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengumpul maklumat seperti
1. Kaedah Pemerhatian
2. Kaedah Soal Selidik
3. Kaedah Temubual
4. Kaedah Rujukan

Maklumat yang dikumpul mestilah berguna untuk menulis laporan kajian. Kaedah mana yang kita nak guna bergantung kepada maklumat yang kita nak cari.

Kaedah Pemerhatian
Bagi Tugasan 2, kita boleh guna cara pemerhatian untuk memerhatikan jenis dan pola petempatan.

Kaedah Rujukan
Buku teks boleh digunakan jika kita hendak mencari maklumat tentang masalah dan langkah mengatasi masalah petempatan di Metropolitan Tokyo. Bagi peta negara ini pula, kita boleh ambil dari buku teks atau download dari internet. Untuk peta daerah pula, kita boleh ambil dari Jabatan Penerangan. Peta kawasan kajian boleh didapati dengan download dari google earth / google map. Ingat: hanya peta kawasan kajian yang kita download itu perlu dilukis semula.

Kaedah soal selidik
Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat yang tidak dapat dicari dari buku atau internet. Pelajar boleh meminta responden mengisi borang soal selidik membolehkan data dikumpul, dirumuskan, kemudian memproses menjadi graf atau carta pai. Bilangan responden perlulah ramai (tahun ini: 20 orang). Jika bilangan responden kurang, ia tidak menggambarkan keadaan sebenar (not representative). Soalan yang boleh ditanya dalam borang soal selidik ialah seperti:
(a) nama responden
(b) jantina
(c) umur
(d) tempat tinggal
(e) pendapat mereka tentang ... (faktor yang mempengaruhi petempatan & fungsi petempatan)

Temu bual
Temu bual digunakan untuk mengumpul maklumat yang lebih terperinci tentang kawasan kajian. Contohnya, jika kita hendak tahu lebih terperinci tentang masalah petempatan yang dihadapi di sesuatu kawasan atau program yang dilaksanakan oleh kerajaan atau penduduk tempatan untuk mengatasi sesuatu masalah, mungkin cara temu bual lebih sesuai. Sebagai contoh, masalah banjir pernah berlaku di kawasan Kuching. Kita boleh temubual penduduk yang tinggal agak lama di kawasan kajian, tentang tahun bilakah banjir yang paling teruk pernah berlaku? Air banjir naik sampai paras mana? Bagaimana keadaaan sewaktu itu? Adakah diisytiharkan darurat dsb? (untuk pengetahuan anda: Jerebu pada tahun 1997, darurat diisytiharkan di Kuching).

Soal temubual perlu disertakan di lampiran, membolehkan penilai tahu apa soalan yang ditanya. Maklumat yang dikumpul biasanya berupa maklumat kualitatif, seperti tanya tentang pendapat, perasaan, cadangan dsb.

Saya berharap pelajar dapat menggunakan kaedah yang betul semasa menjalankan kajian kerja kursus ini. Selamat mencuba.

Rumusan untuk Tugasan 2
Rumusan merupakan ringkasan daripada Dapatan Kajian, iaitu objektif kajian kita. Perbincangan perlulah dikaitkan dengan 6 objektif kajian yang digariskan.

Contoh:
Kawasan kajian saya, XXX, merupakan (luar bandar/bandar) manakala (Tokyo/Bangkok) di negara (Jepun/Thailand) merupakan (bandaraya/Metropolitan). Pola petempatan di XXX ialah pola (A) manakala pola petempatan di (Tokyo/Bangkok) ialah pola berpusat. Perkembangan XXX dipengaruhi oleh (1) dan (2), tetapi perkembangan (Tokyo/Bangkok) dipengaruhi oleh (3) dan (4). XXX memainkan peranan sebagai (fungsi S) manakala (Tokyo/Bangkok) memainkan peranan sebagai (fungsi T). Walau bagaimanapun, perkembangan XXX membawa kepada (masalah 1) dan (masalah 2). Begitu juga dengan perkembangan (Tokyo/Bangkok) yang membawa kepada (masalah 3) dan (masalah 4). Di XXX (masalah 1) boleh diatasi dengan (langkah W) manakala (masalah 2) diatasi dengan (langkah X). Di (Tokyo/Bangkok) pula (masalah 3) diatasi dengan (Langkah Y) dan (masalah 4) boleh diatasi dengan (Langkah Z). Secara kesimpulan, saya berasa bangga kerana ........

PD PNM Bandar Baru Teluk Kumbar mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada para pelajar dalam menghasilkan tugasan kerja kursus Geografi PMR pada tahun ini. Diharap sumber rujukan diatas dapat dijadikan panduan dalam menghasilkan satu folio yang berkualiti.


[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net